DuniaPalestinSemasa

Keluarga Palestin diusir dari kediaman sendiri, Israel diberi amaran

RAMALLAH: Tindakan Israel mengusir keluarga Palestin dari rumah mereka di Baitulmaqdis Timur menimbulkan amarah warga Palestin dan amaran telah diberikan kepada mereka (Israel).

“Percubaan Israel untuk mengusir keluarga Salhiya dari rumah mereka di kejiranan Sheikh Jarrah adalah dalam rangka pemindahan paksa dan mungkin menjadi permulaan kepada proses pemindahan paksa berpuluh-puluh keluarga Palestin dari rumah mereka di Baitulmaqdis Timur ,” kata Presiden Mahmoud Abbas dalam satu kenyataan akhbar, menegaskan bahawa tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

Menurut kenyataan itu, penggunaan kekerasan Israel untuk pengusiran dan kelulusan membina beribu-ribu unit penempatan akan meningkatkan ketegangan di wilayah Palestin.

Abbas menggesa supaya masyarakat antarabangsa campur tangan segera untuk melindungi rakyat Palestin dan ‘menamatkan dasar pendudukan (Israel)’.

Rakyat Palestin mahu Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara merdeka masa depan mereka, manakala dengan keangkuhan Israel bertegas bahawa semua Baitulmaqdis harus menjadi ibu kota abadinya.

Sheikh Jarrah menyaksikan beberapa konfrontasi antara penunjuk perasaan Palestin dan polis Israel selepas keputusan mahkamah Israel untuk mengusir keluarga Palestin. – AGENSI

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Related Articles

Back to top button