PolitikSemasa

Keluarga Malaysia kini ke arah Malaysia Madani

PUTRAJAYA: Majlis dialog Belanjawan 2023 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini telah mula memperkenalkan tema Membangun Malaysia Madani.

Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang berkata pelbagai program akan diadakan di seluruh negara untuk mempromosikan konsep masyarakat madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Program ini mencerminkan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke arah masyarakat bertamadun, bebas memberi pandangan dan memupuk perpaduan.”

“Ini juga merupakan norma baru masyarakat masa depan yang ideal, menghormati satu sama lain, dapat bergaul dan bekerjasama walaupun berbeza bangsa, agama serta budaya,” kata Aaron Ago Dagang.

Madani dalam bahasa Arab bermaksud kota atau peradaban dan dikaitkan dengan kota suci umat Islam Madinah.

Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi Madani (مدني) bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (masyarakat, generasi dan sebagainya) usaha utk membentuk masyarakat ~ dengan menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan; kurikulum itu juga terarah kepada pembinaan masyarakat (Kamus Dewan Edisi Ke-4)

Istilah ‘masyarakat madani’ pula selalu diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai ‘civil society‘.

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pentadbiran kerajaan pada tahun 1990-an, beliau memperkenalkan konsep masyarakat madani dan pemikirannya itu dinukil dalam buku The Asian Renaissance terbitan 1996.

Beliau juga telah menulis sebuah buku bertajuk ‘Membangun Negara Madani’ yang diterbitkan tahun lalu sebelum pilihan raya umum.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button