Semasa

Kelawar dengan virus seperti Covid-19 dijumpai di Laos

PARIS : Saintis menemui satu lagi pembayang mengenai asal usul virus yang menyebabkan COVID-19, di mana kelawar yang tinggal di gua di Laos dipercayai membawa patogen sama.

Virus ini telah membunuh jutaan manusia sejak ia muncul di China pada akhir 2019, dan kontroversi terus berlanjutan mengenai asal usulnya.

Beberapa pakar mengatakan bahawa ia didorong oleh haiwan tetapi namaun terdapat juga kemungkinan yang menunjukkan patogen bocor dari makmal.

Penyelidik dari Institut Pasteur Perancis dan Universiti Nasional Laos mengatakan penemuan mereka menunjukkan bahawa virus secara genetik hampir dengan virus SARS-CoV-2 “wujud di alam” antara spesies kelawar di gua batu kapur di utara Laos, yang berjiran dengan China.

Daripada virus yang mereka kenal antara ratusan kelawar yang diuji di Vientiane, tiga yang ditemukan menyerupai virus yang menyebabkan Covid-19, terutama dalam mekanisme penyambungan ke sel manusia.

“Ideanya adalah untuk mengenal pasti asal usul wabak ini,” kata Marc Eloit, yang mengetuai makmal penemuan patogen Institut Pasteur, kepada AFP.

Eliot, yang mana pasukannya yang menganalisis sampel yang dikumpulkan, mengatakan masih terdapat perbezaan utama antara virus yang dijumpai dengan SARS-CoV-2.

Tetapi beliau mengatakan kerja itu adalah “langkah besar ke depan” dalam mengenal pasti asal usul wabak itu, yang mengesahkan teori bahawa virus Corona yang telah tersebar ke seluruh dunia bermula dengan kelawar hidup.

Penulis kajian itu, yang telah diserahkan ke Nature untuk ditinjau oleh rakan sebaya, mengingatkan bahawa penemuan mereka menunjukkan virus baru ” memiliki potensi yang sama untuk menjangkiti manusia seperti strain awal SARS-CoV-2″.

“Mereka yang bekerja di gua, seperti pengumpul guano, atau komuniti agama pertapa tertentu atau hidup berdekatan dengan gua, serta pelancong yang mengunjungi gua, sangat berisiko tinggi untuk terdedah dengan virus tersebu,” katanya.

Pakar antarabangsa yang dihantar ke China oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Januari menyimpulkan bahawa kemungkinan besar virus SARS-CoV-2 melonjak dari kelawar ke manusia melalui haiwan perantaraan.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button