Kelansungan hidup seorang makcik tua
Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ اللَّهَ خَلَقَ الخَلْقَ، حتَّى إذا فَرَغَ مِن خَلْقِهِ، قالتِ الرَّحِمُ: هذا مَقامُ العائِذِ بكَ مِنَ القَطِيعَةِ، قالَ: نَعَمْ، أما تَرْضَيْنَ أنْ أصِلَ مَن وصَلَكِ، وأَقْطَعَ مَن قَطَعَكِ؟ قالَتْ: بَلَى يا رَبِّ، قالَ: فَهو لَكِ قالَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: فاقْرَؤُوا إنْ شِئْتُمْ: “فَهلْ عَسَيْتُمْ إنْ تَوَلَّيْتُمْ أنْ تُفْسِدُوا في الأرْضِ وتُقَطِّعُوا أرْحامَكُمْ”
“Setelah Allah menciptakan semua makhluk, maka rahim pun berkata; ‘Inikah tempat bagi yang berlindung dari terputusnya silaturahim (Menyambung silaturahim).’ Allah menjawab: ‘Benar. Tidakkah kamu rela bahwasanya Aku akan menyambung orang yang menyambungmu dan memutuskan yang memutuskanmu? ‘ Rahim menjawab; ‘Tentu, wahai Rabb’ Allah berfirman: ‘ltulah yang kamu miliki.’ Setelah itu Rasulullah SAW bersabda: ‘Jika kamu mau, maka bacalah ayat berikut ini: Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan berbuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?” QS Muhammad: 22. (HR Bukhari)
Ketabahan seorang perempuan tua meneruskan hidup sebatang kara tanpa bergantung pada sesiapa sangat mengagumkan.
Apatah lagi dengan keadaan kesihatan beliau yang semakin surut.
Perempuan tua itu, Salamah Gani,72, yang lebih mesra dipanggil Makcik Salamah, berasal dari Kampung Baru telah dipindahkan ke rumah orang tua, Rumah Seri Kenangan Cheras atas bantuan MAPIM Malaysia kerana rumahnya yang hampir roboh.
Walaupun tabah, beliau tetap manusia biasa yang sentiasa menunggu kedatangan ahli keluarga bagi menziarahinya. Semakin hari beliau semakin pilu kerana merindukan kasih sayang manusia yang boleh digelar saudara.
Ditambahkan dengan keadaannya yang uzur.
Kerinduan itu akhirnya tuntas apabila pada pagi yang dirahmati tuhan dan dengan cuaca yang tenang, Makcik Salamah yang dikunjugi oleh MAPIM Malaysia.
Beliau sendiri telah dianggap sebagai mak angkat kepada sebahagian petugas di MAPIM Malaysia.
Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Tuan Zulhanis Zainol meluangkan masanya setelah sekian lama tidak dapat berjumpa dengan Makcik Salamah. Beliau meluahkan kesyukuran yang besar apabila dapat melihat Makcik Salamah dalam keadaan yang sihat dan terjaga.
Menurut Tuan Zulhanis, MAPIM memang sudah lama mahu melawat Makcik Salamah, apakan daya ketika itu negara masih lagi bergolak dengan virus yang berbahaya membuatkan waktu melawat ke rumah orang tua dihadkan sehingga baru-baru ini apabila Malaysia mengumumkan telah memasuki fasa peralihan endamik pada 1 April.
Tidak tergambar dengan kata-kata kegembiraan Tuan Zulhanis apabila melihat keadaan Makcik Salamah diteduhi bumbung tidak berlubang, makan dengan secukupnya dan dijaga dengan baik oleh Rumah Seri Kenangan Cheras dan warga kerjanya.
Namun tidak semua cerita bagaikan fantasi tanpa cemuh kehidupan. Walaupun hidup dalam suasana yang serba lengkap, selagi makhluk itu digelarkan manusia, selagi itu Tuhan akan sentiasa menguji hamba-Nya dengan pelbagai rintangan.
Kemasukkan Makcik Salamah ke rumah rumah orang tua datang bersama notis daripada Baitulmal tentang pemotongan duit bantuan.
Sedangkan itulah punca utama kelansungan hidup beliau.
Lebih mengharukan apabila barangan Makcik Salamah sering dicuri oleh orang tidak bertanggungjawab.
Akibat ketiadaan wang dan keterbatasan fizikal, Makcik Salamah tidak mampu ke Baitulmal untuk urusan kewangannya.
Makcik Salamah merayu simpati supaya sumbangan Baitulmal diteruskan kerana beliau juga masih ada keperluan asas yang perlu dibeli.
Dalam pertemuan yang ringkas itu, pihak MAPIM turut membawa bantuan berupa buah-buahan, kotak susu kambing dan selimut bantal.
Makcik Salamah mula titisan air mata tanda kesyukuran.
Saat-saat berpisah merupakan sesuatu yang sukar bagi warga MAPIM Malaysia kerana ikatan silaturahim yang terjalin amat murni membuatkan perpisahan itu dipenuhi dengan air mata.
Dalam suasan hiba itu, kepulangan warga MAPIM Malaysia diiringi doa Makcik Salamah yang tidak jenuh di bibirnya.
_______________________________________________________________
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038