Semasa

Kelangsungan industri kreatif diberi keutamaan, penggiat industri kembali berkaya – Annuar

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

KUALA LUMPUR : Selaras dengan pembukaan semula lapan aktiviti industri kreatif mulai hari ini bagi fasa peralihan daripada pandemik ke endemik, ia merupakan satu keperluan yang akan memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat sektor industri tersebut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan sri Annuar Musa berkata ia berikutan sektor kreatif adalah antara yang amat terkesan apabila tidak dapat berfungsi langsung semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, selain rakyat juga memerlukan hiburan sihat supaya tidak terus berada dalam kemurungan.

“Ini adalah antara sektor ekonomi yang terawal ditutup, namun antara yang terakhir dibuka semula. Namun, dengan pengumuman ini, diharap sektor hiburan ini dapat bernafas semula dan semua pihak berkepentingan (dalam) sektor ini dapat menjana semula ekonomi sektor kreatif dalam norma baharu.

“Meskipun ada perbatasan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi, ia tidak perlu menjadi kekangan untuk sektor ini berkembang dengan lebih maju dengan cara yang lebih kreatif,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata sepanjang pandemik, pekerja sektor kreatif kebanyakannya bekerja secara kontrak atau ‘freelance’ didapati amat terkesan kerana ‘nature of the job’ mereka adalah bukan makan gaji sekali gus ramai penggiat industri itu menjadi asnaf dan terpaksa membuat pekerjaan apa sahaja demi sesuap nasi.

Tambahnya, pencapaian itu membolehkan sektor industri kreatif dibuka dan seterusnya memberi peluang kepada penggiat industri untuk kembali aktif berkarya, namun berharap kelonggaran itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

“Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan dan kelangsungan sektor industri kreatif menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif penting antara ialah Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA), Pakej Rangsangan industri Kreatif Malaysia (PRISMA) serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk memberi suntikan dan nilai tambah susulan pembukaan semula oeprasi sektor pada Fasa Satu PPN ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan penggiat industri kreatif untuk terus mematuhi semua garis panduan dan SOP yang telah digariskan oleh MKN.

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button