Semasa

Kelab Shah Alam keluar notis henti jualan minuman keras

SHAH ALAM : Kelab Shah Alam Selangor telah mengeluarkan notis mengenai penjualan dan penggunaan minuman beralkohol di premisnya, yang berkuat kuasa pada 12 Februari.

Menurut notis 12 Feb yang diterbitkan oleh jawatankuasa agung kelab, “berkuat kuasa serta-merta, tiada minuman keras atau alkohol akan ditawarkan di premis kelab; ahli dan tetamu tidak dibenarkan membawa minuman keras atau alkohol mereka sendiri ke premis kelab.”

“Larangan alkohol itu dikenakan mengikut arahan daripada pejabat setiausaha kerajaan negeri Selangor,”lapor berita portal FMT.

Haris Kasim merupakan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari 2015 hingga 2019 sebelum dipilih sebagai setiausaha kerajaan negeri pada Nov 2021.

Seorang ahli kanan berkata beberapa ahli kelab itu mahu ketetapan baru itu dibatalkan kerana keahlian kelab itu terdiri daripada rakyat Malaysia pelbagai  kaum dan agama.

“Mengapa pihak pengurusan tidak boleh berfikir tentang mengurangkan waktu operasi untuk memastikan bar terbuka?”

“Seperti sekarang, kami hanya dibenarkan minum di tingkat atas. Hanya pendekkan masa untuk menunjukkan ini adalah kelab untuk semua dan bukan sahaja mereka yang tidak minum arak.

“Kami berharap keputusan itu dikaji semula,” kata ahli kelab yang tidak mahu dikenali.

Mengikut arahan kerajaan negeri Melaka, Kelab Desa Ayer Keroh menghentikan penjualan arak di perkarangan kelab itu pada Disember 2021.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button