KesihatanSemasa

Kekal sihat pada musim panas ini

Malaysia kini mengalami cuaca panas yang melampau sehingga beberapa kes dilaporkan  telah mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada kesihatan antaranya strok haba.

Strok haba adalah sejenis penyakit kepanasan yang teruk dan mengakibatkan suhu badan lebih daripada 40 darjah Celsius. Ini boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi melindungi diri daripada cuaca panas ini.

Kredit Foto Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia

Setiap individu dinasihatkan agar memperbanyakkan minum air kosong untuk kekal berhidrasi. Selain itu, kurangkan minuman yang manis, mengandungi kafien dan minuman yang berkarbonat.

Pada musim panas ini, setiap individu digalakkan untuk melebihkan masa berada di dalam rumah dengan mengehadkan aktiviti luar. Ini bertujuan melindungi daripada panas dan terik cahaya matahari.

Pemilihan pakaian juga haruslah sesuai dengan keadaan dan cuaca. Pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap hanya sesuai dipakai ketika musim sejuk atau waktu malam. Ia tidak sesuai dipakai ketika musim panas ini.

Kredit foto BERNAMA

Oleh itu, pakailah pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang ketika musim panas ini serta gunakan seperti topi atau payung bagi melindungi daripada panas matahari.

Jadi, pastikan untuk kekal sihat pada musim panas ini dengan melakukan beberapa langkah yang telah diberitahu dan segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan sekiranya mendapati diri berada dalam keadaan tidak sihat.

 

Related Articles

Back to top button