Dunia

Letupan kilang kimia di Korea Selatan ragut tiga nyawa

YEOSU (Korea Selatan) : Kejadian letupan kilang kimia di sebuah kompleks perindustrian di Yeosu, Korea Selatan telah menyebabkan tiga pekerja terkorban, menurut anggota bomba.

Menurut laporan Agensi Berita Yonhap, kebakaran tersebut berlaku pada jam 1.37 petang di sebuah kilang petrokimia di Kompleks Perindustrian Yeosu.

Dilaporkan bahawa terdapat tujuh kakitangan sedang bekerja semasa kejadian berlaku, empat yang lain disahkan selamat, manakala tiga lagi disahkan maut.

Namun, setakat ini, pihak berkuasa masih sedang menyiasat punca kejadian.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button