DuniaKemanusiaanSemasa

Keenakan bubur lambuk tajaan MAPIM Malaysia di Kampung Bakar Batu

Hasil usaha Sarjan Bakar B. Shess yang gigih

Johor Bahru : Kemeriahan bulan Ramadan boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk. Di kampung Bakar Batu, Johor Bahru, ia diterjemahkan dalam bentuk yang menyelerakan, iaitu pemberian bubur lambuk secara percuma.

Penyediaan bubur lambuk yang enak

Ia diusahakan oleh bekas pesara tentera, Sarjan Bakar B. Shess bersama isteri dan pasukannya. Untuk Sarjan B. Shess ini adalah antara caranya bagi menyumbang kepada komuniti setempat. Lagipula beliau mempunyai kepakaran memasak bubur lambuk yang enak.  Mereka mendapat tajaan sepenuhnya daripada MAPIM Malaysia. Tahun ini adalah tahun ketiga pemberian bubur lambuk, dan ia sudah menjadi acara tahunan.

Penyediaan bubur lambuk yang bermula sejak dari pagi, memerlukan empat hingga ke lima buah dapur bagi menyediakannya. Ia boleh menghasilkan antara 320 hingga 350 hidangan bubur lambuk yang menyelerakan.

Bubur lambuk yang menyelerakan. Cukup perencah dan rempah.

Kira-kira pukul empat atau lima petang, bubur lambuk yang masih panas akan diedarkan kepada penduduk sekitar dan biasanya habis sebelum pukul enam petang.

Menurut Mejar (Bersekutu) Zulhanis Zainol yang juga merupakan Setiausaha Agung MAPIM Malaysia,

“Ini adalah antara cara MAPIM bagi menyantuni warga di bahagian selatan Malaysia. Ia nampak kecil, tetapi impaknya kepada penerima sangat besar. Apatah lagi di bulan Ramadan ini.”

Mejar (Bersekutu) Zulhanis juga mengharapkan usaha murni ini akan dapat dikembangkan lagi di kawasan lain supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya.

MAPIM Malaysia menjemput para dermawan mengambil peluang berkat bulan Ramadan untuk menyumbang, bagi membolehkan MAPIM Malaysia membantu lebih ramai mereka yang memerlukan.

Sumbangan boleh terus dihulurkan ke :

Related Articles

Back to top button