Covid19Semasa

Kedai makan kini dibenarkan beroperasi 24 jam

KUALA LUMPUR : Pemilik premis atau restoran dibolehkan untuk melaksanakan waktu beroperasi dalam tempoh 24 jam selari dengan peralihan negara ke fasa endemik berbanding sebelum ini yang dibenarkan hanya sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, had masa operasi premis makanan kini dimansuhkan dan pemilik boleh menjalankan operasi selama 24 jam mengikut syarat lesen operasi mereka.

“Ini bermakna, pelanggan boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Jadi, bolehlah bersahur di luar,” katanya.

Mengulas lanjut, bagaimanapun pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai.

“Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu atau pengunjung,” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button