YAN : “Kun Faya Kun”. Itulah ungkapan yang dizahirkan oleh Mudir Madrasah As Syatirie, Ustaz Zainudin Zainal sewaktu ditemuramah oleh wartawan UmmahToday hari ini.
“Jika Allah swt menginginkan sesuatu itu terjadi maka akan terjadilah ia. Alhamdulillah, semasa kejadian kebakaran itu berlaku kesemua pelajar berada di luar bangunan tersebut melakukan aktiviti luar.
Semua barangan yang ada di dalam asrama tersebut habis rentung. Tiada satu pun dapat diselamatkan. Kebakaran itu berlaku sangat cepat”
Pondok madrasah yang menempatkan seramai 20 pelajar hangus dijilat api. Dugaan bertambah apabila tidak sampai 24 jam, satu lagi asrama Madrasah As Syatirie di Sungai Dedap turut terbakar.
Tempat yang bakal melahirkan bakal hafiz dan hafizah itu kini hanya tinggal rangka besi. Lebih menyayat hati apabila pelajar-pelajar di madrasah itu terpaksa tidur di dataran perhimpunan mereka.
Apabila ditanya kepada seorang pelajar yang baru sahaja berumur 10 tahun, dia menganggap perkara yang berlaku ini adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada sang pencipta dengan lebih dekat. Sungguh pun di usia muda, pelajar itu sangat positif dan ceria apabila ditemuramah.
Peka dengan musibah yang melanda madrasah ini, MAPIM Rangers bersama MAPIM Malaysia hadir di sini untuk menyantuni mereka yang terkesan akibat kebakaran pada Sabtu lalu. Ziarah peduli ummah ini diketuai oleh Mejar Bersekutu (PA) Azari Abd Aziz selaku Ketua MAPIM RANGERS.
Menurutnya, asrama yang di bina adalah atas sumbangan ikhlas kumpulan trak pikap 4×4 iaitu Gabungan Truckers Utara (GTU). Telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan para pelajar disini mendapat infrastruktur yang lengkap untuk menjalani kehidupan seharian.
Kunjungan kali ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal berkenaan barang keperluan yang diperlukan untuk membaik pulih madrasah ini. Perkara ini tidak terhenti di sini. MAPIM Rangers dan MAPIM Malaysia akan membuat tindakan susulan bagi memastikan pelajar disini dapat belajar seperti sediakala.
Mejar Bersekutu (PA) Azari Abd Aziz
Ketua MAPIM Rangers
Dianggarkan kerugian yang ditanggung pihak madrasah adalah sebanyak RM 210,000.00. Jumlah kerugian meliputi kerosakan menyeluruh bagi bangunan asrama, katil, tilam dan almari.
Diharapkan agar pihak Madrasah As Syatirie terus kuat dan tabah menempuh dugaan yang menimpa mereka.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam atas nama Ma’had Tahfiz As Syatirie (Dulang Besar) 02011010126732
——————————————————————————————————————————————————#365hariuntukummah
MAPIM MALAYSIA menjemput sahabat dermawan untuk sumbangan berbentuk kewangan dan juga barangan untuk dapat kami segera bantu salurkan kepada mangsa-mangsa banjir di 7 negeri.
Sumbangan kewangan boleh di infaqkan menerusi:
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
manakala
Bantuan berupa barangan seperti beras, kicap, tepung, air minuman, perkasan rumah yang baru, tilam, bantal dan lainya boleh dihantar terus ke MAPIM Central Warehouse di Sepang, Selangor dengan menghubungi talian hotline MAPIM MALAYSIA
1300-888-038
atau
whatapps di +60128002016