DuniaSemasa

Kebakaran hutan besar melanda Turki

Penduduk berlarian menyelamatkan nyawa

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

ANKARA : Kebakaran hutan yang besar melanda  wilayah selatan Turki yang merebak hingga ke kota Manavgat.

Memetik berita Reuters, Rabu (28/7/2021), penduduk terpaksa melarikan diri ketika jalanan dipenuhi oleh asap tebal.

Asap hitam berkepul dari hutan berhampiran Manavgat, 75 kilometer sebelah timur kota resor Antalya.

Datuk Bandar Manavgat, Sukru Sozen berkata, api telah merebak hingga ke pusat kota.

“Api telah merebak ke pusat kota. Api itu semakin besar kerana angin.  Kami masih belum dapat menilai kerugian, ada kerosakan di desa-desa juga,” kata Sozen kepada Haberturk.

“Kami belum pernah melihat yang seperti ini,” sambung Sozen.

Sementara itu, Wali Kota Antalya Muhittin Bocek berkata, api mulai marak di empat titik berbeza.

Dia memaklumkan kepada Haberturk bahawa penduduk dari empat kawasan telah dipindahkan tetapi belum ada laporan mengenai korban  nyawa.

Pihak berwajib belum dapat memberitahu apa yang menyebabkan kebakaran besar tersebut.

Menteri Pertanian Turki Bekir Pakdemirli mengatakan, pihak berkuasa masih memerangi kebakaran.

Mereka menerbangkan pesawat pemadam kebakaran, 19 helikopter, 108 kenderaan, dan sekitar 400 anggota.

Badan bencana AFAD Turki malaporkan, pasukan kecemasan dari daerah terdekat juga dipanggil untuk bertindak.

Sementara itu pihak berkuasa memindahkan para penduduk di permukiman dekat hutan.

Bocek mengatakan, panas yang ekstrem dan angin kencang membuat api semakin marak ketika membakar hutan pinus.

Kebakaran itu terjadi saat Turki menghadapi serangkai bencana yang disebabkan oleh keadaan cuaca ekstrem dalam beberapa minggu terakhir.

Awal bulan ini, banjir besar di daerah Rize dan Artvin merosak rumah dan harta benda. Banjir tersebut menewaskan enam orang di Rize, menurut AFAD. — KOMPAS

Related Articles

Back to top button