Keadaan epidemiologi Covid-19 di Palestin semakin teruk
RAMALLAH : Seorang pegawai kesihatan Palestin memberi amaran bahawa keadaan epidemiologi virus Corona di wilayah Palestin “semakin buruk.”
Ketua hospital Palestin di Kementerian Kesihatan, Naji Nazzal mengatakan dalam satu kenyataan berkata keadaan semakin buruk, sambil menambahkan bahawa “terdapat peningkatan yang signifikan dalam jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di hospital.”
Beliau juga mengatakan bahawa dalam beberapa minggu lepas, jumlah kes yang perlu rawatan hospital menunjukkan penurunan yang signifikan, “tetapi situasinya semakin buruk setelah varian COVID-19 Delta melanda di wilayah Palestin.”
Ketika jumlah kes Covid-19 sedang meningkat, kementerian kesihatan membuat persiapan yang diperlukan dan membuka pusat perubatannya di Tebing Barat dan Gaza untuk menerima kes-kes yang memerlukan rawatan di hospital.
Nazzal meminta masyarakat di Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza untuk mengambil vaksin, sambil menambahkan bahawa “ia melindungi pesakit dari gejala berisiko dan mengurangkan jumlah pesakit yang memerlukan perawatan intensif dan ventilator.”
Pada Ahad lalu, pegawai Palestin mengatakan 70 peratus kes Covid-19 yang aktif di wilayah Palestin telah dijangkiti varian Delta.
Pada Rabu, Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan dalam satu kenyataan bahawa ia mencatatkan dua kematian, 753 kes Covid-19 baharu dan 118 pemulihan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam 24 jam terakhir.
Beliau juga memaklumkan bahawa 667,894 orang telah divaksin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza setakat ini, termasuk 432,731 yang menerima dos kedua vaksin.
Di Gaza, para pegawai di kementerian kesihatan yang dikendalikan oleh Hamas mengatakan bahawa hanya 10 peratus penduduk Semenanjung Gaza yang menerima vaksin tersebut.
“Kira-kira 1.5 juta orang di Semenanjung Gaza, perlu mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dari virus baru,” kata pengarah kawalan jangkitan di kementerian kesihatan Gaza, Rami al-Abadla.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia