Kawasan Klang kini umpama sudah menjadi ‘laut’
KLANG : Hujan yang turun tidak henti-henti sejak pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Selangor mengalami banjir.
Menurut perkongsian gambar orang ramai melalui sosial media, sesetengah kawasan di Shah Alam dan Klang antara yang teruk terkesan.
Gambar menunjukkan bahawa jalan raya di kawasan tersebut kini umpama menjadi ‘laut’ dan menyukarkan kenderaan untuk bergerak ke lokasi masing-masing.
Kak polis send kat fb comment I… port klang dah banjir mcm ni and I hope everything will be okay! Stay safe everyone and I kena cancel plan harini and Event harini 😭 pic.twitter.com/4SZbdbMToc
— ᴄʀʏꜱᴛᴀʟ (@crystalreal12) December 18, 2021
Elevator got shut down, people going up the emergency stairs knocking doors, some shouting about telling your name first. Almost like we're in a zombie apocalypse.
Just replace the zombie with water.. loads and loads of water. #shahalam #banjir pic.twitter.com/oSkWWZT3Hg
— Hana🌺 (@awsom3) December 18, 2021
Those in Klang, please drive safe. Be weary. Don't make stupid decisions. pic.twitter.com/gpgXHhQBOy
— SimplyySarah🏴 (@SimplyySarahVA) December 18, 2021
Semoga Allah memberikan kesabaran yg tinggi kpd keluarga abgku & kak ipar ku yg diuji dengan ujian banjir kilat. Lokasi : Meru,Klang.
Kpd semua mangsa banjir, diharapkan anda semua tabah & bersabar dengan ujian daripada Allah SWT ni,semoga Allah menggantikan dgn yg lebih baik. pic.twitter.com/xWeOrPM9K3
— _officialrazif95_ (@Officialrazif95) December 18, 2021
Bencana banjir yang berlaku ini sudah pasti menimbulkan kerisauan penduduk terhadap kerosakan harta benda dan kos yang perlu ditanggung untuk perbaiki segala kerosakan.
Ia berikutan fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada jam 5 petang ini di Pelabuhan Klang yang dikhuatiri menyebabkan keadaan banjir di Klang bertambah buruk.
Jurucakap Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata, dijangkakan air pasang setinggi empat meter melanda perairan kawasan berkenaan.
Diharapkan semua yang terlibat menjadi mangsa banjir terus tabah dan nescaya bantuan dari pihak tertentu akan tiba dalam masa terdekat.