Semasa

KASA mewujudkan dana wakaf untuk Masjid Hijau

PUTRAJAYA : Dana Wakaf Masjid Hijau telah dilancarkan  oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebagai sumber kewangan alternatif untuk projek teknologi hijau yang akan dilaksanakan di masjid.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) di bawah KASA dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia sedang berusaha untuk inisiatif pembiayaan bagi mengumpulkan dana dari mana-mana individu, sektor kerajaan, sektor korporat, dan organisasi (YWM).

Beliau mengatakan bahawa usaha itu akan digunakan untuk penukaran pemasangan pencahayaan LED, kipas  pendingin hawa, Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH), dan pili cekap air di masjid.

“Dana wakaf Masjid Hijau mengurangkan pergantungan kepada perbelanjaan fiskal dan juga memberikan nilai kepada rakyat mendapatkan pulangan pahala yang berpanjangan,” katanya secara maya.

Turut hadir, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad,

Tuan Ibrahim berkata, wang tersebut akan mendorong penglibatan masyarakat dalam usaha bandar rendah karbon.

Penglibatan masyarakat akan membantu kepada pengurusan masjid dalam meningkatkan kecekapan tenaga dan air,pengurusan sampah, serta mengurangkan perbelanjaan mengurus masjid.

Sementara itu, Idris menyatakan bahawa YWM akan menguruskan dana wakaf dan meluaskannya dengan melaburkan sebahagian aset untuk keuntungan jangka panjang.

“Pengagihan faedah pelaburan akan digunakan untuk mengagihkan pulangan. Sebahagian dana wakaf akan diberikan untuk membiayai projek yang telah disenaraikan layak dan memenuhi syarat,” tambahnya.

Idris, yang juga merupakan pengerusi YWM, mengatakan bahawa pengurusan masjid mesti memohon dana dari dana wakaf melalui Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Bagi menunjukkan komitmen mereka terhadap inisiatif hijau, pihak pengurusan harus menubuhkan tabung  di masjid mereka untuk mengumpulkan derma dari jemaah.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan wang pemberian dana untuk Masjid Hijau akan diuruskan oleh dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal untuk penilaian dan agihan.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button