Semasa

Kartunis Sweden hina Nabi Muhammad maut dalam kemalangan jalan raya

STOCKHOLM : Kartunis Sweden yang membangkitkan kemarahan Umat Islam susulan lukisan karikatur Nabi Muhammad pada badan anjing maut dalam kemalangan jalan raya. menurut media tempatan.

Lars Vilks dilaporkan dalam perjalanan dengan menaiki kenderaan polis awam yang bertembung dengan sebuah trak berhampiran bandar Markaryd di selatan Sweden.

Dua pegawai polis juga terbunuh manakala pemandu lori cedera.

Vilks, 75, hidup di bawah perlindungan polis setelah menjadi sasaran ancaman kematian berikutan perbuatan biadab tersebut.

Kartun tersebut diterbitkan pada tahun 2007 telah menyinggung perasaan umat Islam yang menganggap gambaran visual Nabi sebagai satu penghinaan dan berbaur perkauman.

Sementara itu, polis belum mendedahkan identiti mangsa yang terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada Ahad, tetapi rakan kepada Vilks mengesahkan kematiannya ke akhbar Dagens Nyheter.

Polis berkata dalam satu kenyataan bahawa masih belum jelas bagaimana perlanggaran itu berlaku tetapi pada awalnya tiada bukti yang menunjukkan bahawa orang lain terlibat.

Kartun itu menimbulkan kemarahan dan Perdana Menteri ketika itu, Fredrik Reinfeldt untuk berjumpa dengan  kedutana besar dari 22 negara Islam dalam usaha meredakan keadaan.

Al-Qaeda di Iraq juga menawarkan ganjaran AS$100,000 atau RM417,000 bagi pembunuhannya.

-AGENSI

 

Related Articles

Back to top button