kartel dadah menghantar ugutan selepas merasa laporan berita berat sebelah terhadap mereka
mereka mahu laporan yang adil
MEXICO CITY : Sekumpulan orang yang mengaku anggota kartel dadah Mexico menghantar ugutan ke pengacara televisyen kerana merasakan berita tentang mereka dilaporkan secara tidak adil.
Video yang dikirim menunjukkan enam orang bertopeng dan memegang senapang mengelilingi seorang lagi lelaki bertopeng yang duduk di meja kecil.
Lelaki yang duduk itu berkata dia membawakan pesan daripada Nemesio ‘El Mencho’ Oseguera Cervantes, pemimpin kartel Generasi Baru Jalisco (CJNG),
Tidak dijelaskan apakah lelaki itu adalah El Mencho sendiri, ketua salah satu kartel dadah terkuat di Mexico.
Dalam videonya, lelaki bertopeng itu memberi amaran kepada Milenio Television, kerana dianggap menyokong kumpulan yang bermusuhan dengan mereka di Michoacan.
Kumpulan tersebut mengancam akan membunuh pengacara tersebut, Milenio Azucena Uresti.
Lelaki itu mendakwa kumpulan yang melawan mereka adalah penyeludup dadah, yang juga memperoleh persenjataan setaraf tentera.
Pesan itu turut menyebut tentang Hipolito Mora, yang membentuk pasukan pertahanan di Michoacan, serta kumpulan penjenayah Los Viagras.
Lelaki yang mengaku daripada kartel Jalisco itu menyatakan mereka tidak menghalang kebebasan media, namun mereka menuntut laporan yang tidak berat sebelah.
Dalam respons balasnya, Milenio Television menegaskan mereka akan sentiasa menyokong Uresti, dan meminta pihak keselamatan Mexico membuat penyiasatan.
Pihak televisyen juga membantah yang Uresti menyokong kumpulan yang bermusuhan dengan Jalisco.
Jurucakap presiden Jesus Ramirez Cuevas mengatakan, kerajaan akan berusaha melindungi Uresti dan pejabatnya.