Karakter LGBT diperkenalkan dalam siri animasi Peppa Pig, penonton Malaysia luah rasa kecewa
Tindakan siri animasi popular, Peppa Pig baru-baru ini memperkenalkan karakter lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) telah menimbulkan kemarahan penonton di Malaysia terutamanya yang beragama Islam.
Siri animasi tersebut terkenal dalam kalangan penonton tempatan dan luar negara kerana ia menjadi satu platform untuk kanak-kanak mempelajari bahasa Inggeris, namun kini mempromosikan budaya songsang.
Children's TV show Peppa Pig has introduced its first same-sex couple on the popular programme.
(THREAD) š§µ pic.twitter.com/NL5yyurKfe
— Irish Daily Mirror (@IrishMirror) September 7, 2022
Ramai beranggapan bahawa adegan bercium-ciuman antara pasangan sejenis dalam siri yang ditonton oleh jutaan kanak-kanak kemungkinan besar akan memberi pengaruh negatif.
Media barat itu menyifatkan adegan pengenalan watak lesbian itu sebagai āthe ground breaking episodā di saluran kanak-kanak Channel 5.
Terdahulu, kelompok LGBTQ sebelum ini mengemukakan petisyen supaya siri animasi popular itu memperkenalkan watak kelompok songsang dengan 17,000 individu dilaporkan menandatangani petisyen itu.