Kapal Suria milik firaun berusia 4,600 tahun dipindahkan ke muzium baru
Grand Egyptian Museum

Kairo : Mesir memindahkan kapal suria milik Firaun Khufu yang berusia 4600 tahun ke sebuah muzium baru, Grand Egyptian Museum yang akan dirasmikan kelak.
Sebelum ini, kapal suria itu ditanam di sebelah ruang pemakaman Kerajaan Mesir Tua, dengan kepercayaan ia akan mengangkut orang yang meninggal ke alam baka.
Piramid Agung Kairo, juga dikenal sebagai Piramid Cheops, adalah yang terbesar daripada tiga piramid Giza dan rumah makam Khufu, yang dimakamkan pada 2566 SM.
“Setelah… melintasi jalan-jalan Giza dengan kenderaan khusus, kapal pertama Raja Khufu yang ditemukan pada 1954 di sudut selatan Piramid Besar mengakhiri perjalanan panjangnya ke Grand Egyptian Museum (GEM).” – Sebuah pernyataan kementerian barang antik Mesir pada Sabtu (7/8/2021) yang dipetik daripada Daily Mail.
Kapal itu dibina oleh Khufu, seorang raja daripada Dinasti Keempat yang memerintah ketika zaman Kerajaan Mesir Kuno.
Pihak berkuasa Mesir mendakwa kapal suria sepanjang 42 meter (138 kaki) dan 20 tan itu adalah ‘artifak organik terbesar dan tertua yang dibuat daripada kayu, dalam sejarah umat manusia’.
Perjalanannya dengan kendaraan pengangkut khas yang diimport dari Belgium dimulai pada malam Jumaat (6/8/2021) dan mengambil masa selama 10 jam.
Kapal suria itu diangkut seluruhnya dalam perjalanan 7.5 kilometer selama 48 jam ke GEM, dan akan menjadi antara pameran utama muzium itu nanti.
Mesir telah menggembar-gemborkan pembukaan GEM yang terletak di dataran tinggi Giza, rumah bagi piramid terkenal, sebagai tapak arkeologi penting yang menampung barang antik yang paling berharga.
Mesir mengatakan GEM, yang telah dibangun bertahap selama 17 tahun, akan diisi lebih daripada 100,000 artifak ketika ia dibuka.
Mesir mengharapkan penemuan arkeologi baru-baru ini bagi menghidupkan kembali sektor pelancongan yang sedang lesu kerana mengalami banyak goncangan, daripada pemberontakan 2011 sehinggalah pada pandemik covid-19 sekarang.
Pada April lepas, pihak berkuasa memindahkan 22 firaun dari Muzium Mesir ikonik Kairo dalam sebuah upacara megah ke Muzium Nasional Peradaban Mesir di kota itu.
Dalam acara televisyen yang dikoreografi dengan penuh berhati-hati, Presiden Abdel Fattah al-Sisi menyambut keranda, termasuk mumia Ramses II dan Ratu Hatshepsut.