BAITULMAQDIS : Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin berusia 14 tahun pada Selasa berhampiran bandar Bethlehem di Tebing Barat yang diduduki, menurut kementerian kesihatan Palestin.
Remaja tersebut, Mohammed Shehadeh dituduh oleh tentera Israel melemparkan bom molotov sebelum ditembak di bandar al-Khader Tebing Barat.
Tentera Israel “mengenal pasti tiga suspek yang tiba di lokasi di mana koktel Molotov berulang kali dilemparkan ke kenderaan Israel baru-baru ini,” kata tentera.
Tentera Israel memutarbelitkan kenyataan berkata pihak mereka memberikan bantuan perubatan kepada Shehadeh di tempat kejadian di mana kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Sebaliknya, saluran berita Palestin melaporkan bahawa kru perubatan dari Bulan Sabit Merah dihalang daripada memberikan bantuan kecemasan kepada Shehadeh.
Akhbar berita Palestin Wafa melaporkan bahawa konfrontasi antara tentera Israel dan Palestin di al-Khader berterusan sehingga pada lewat Selasa.
Terdahulu, Nihad al-Bargouthi, 20, meninggal dunia akibat kesan tembakan di perut selepas ditembak oleh tentera Israel pada 15 Februari di pintu masuk perkampungan Nabi Saleh, barat laut Ramallah.
Selain itu, Mohammad Akram Abu Salah, 17, ditembak di kepala oleh tentera Israel dalam satu serbuan di perkampungan Silat al-Harithiya pada Ahad lalu untuk merobohkan rumah salah seorang penduduk yang dituduh membunuh seorang penceroboh Israel.
Dalam pada itu, Kumpulan Hak Asasi Manusia Defence For Children International Palestine (DCI) berkata bahawa Israel menyimpan sembilan mayat kanak-kanak Palestin yang dibunuh.
Sembilan kanak-kanak Palestin itu semuanya berumur 18 tahun ke bawah dan ia berlaku antara 2016 dan Disember 2021, dengan yang paling muda sekali berumur 15 tahun: Yousef Mohammad Odeh dari Jenin dan Mohammad Nidal Musa dari Nablus.
DCI berkata pada Disember bahawa 2021 adalah tahun paling teruk bagi kanak-kanak Palestin sejak 2014, apabila tentera Israel membunuh 76 rakyat Palestin berumur bawah 18 tahun, 15 daripadanya di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan 61 di Semenanjung Gaza yang terkepung.
-AGENSI
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia