Semasa

Kanak-kanak Palestin berhak dapat jaminan keselamatan – PBB

RAMALLAH : Penyelaras Kemanusiaan dan Penempatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di wilayah Palestin yang diceroboh, Lynn Hastings, menegaskan selain pendidikan kanak-kanak Palestin layak untuk menikmati kehidupan yang selamat dan sejahtera.

“Kanak-kanak tidak hanya mempunyai hak untuk dapat pendidikan tetapi mereka juga perlu dilindungi di bawah asasi manusia antarabangsa memandangkan keadaan mereka yang terdedah kepada bahaya,” kata Hastings dalam satu kenyataan semalam.

Menurut pegawai PBB itu sejak awal 2021, seramai 79 kanak-kanak Palestin terbunuh manakala 1,269 yang lain cedera.

“Seramai 67 kanak-kanak terbunuh di Semenanjung Gaza semasa serangan baru-baru ini dan seorang pada Jun manakala 11 lagi maut di Tebih Barat dan di Timur Baitulmuqaddis akibat kekejaman tentera rejim Israel,” katanya.

Hasting turut berkata Israel bertanggungjawab melindungi kanak-kanak dan guru-guru dari keganasan oleh zionis Israel ketika mereka dalam perjalanan pergi dan pulang dari sekolah.

Beliau berkata demikian susulan pengumuman pihak berkuasa Palestin mengenai permulaan tahun akademik.

-BERNAMA

Oleh Hafeez Anuar

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button