Kanak-kanak bawah 12 tahun di Sabah dibenar makan di premis
KOTA KINABALU : Kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun dibenarkan untuk makan di premis (dine-in) dan masuk ke premis perniagaan namun perlu ditemani ibu bapa yang menerima dos lengkap vaksin Covid-19 mulai esok.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan sabah Datuk Masidi Manjun, kanak-kanak juga dibenarkan menyertai aktiviti perkelahan serta perkemahan selain pusa membeli belas serta fasiliti perhotelan.
Menurutnya lagi, remaja berusia 12 hingga 18 tahun yang sudah lengkap dua dos vaksin perama vaksin Covid-19 turut diberik kebenaran yang sama.
“Penduduk diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan 69.9 peratus atau 1.92 juta penduduk dewasa dan 22 peratus atau 91,683 remaja telah menerima vaksin lengkap Covid-19 di negeri ini.