Semasa

Kanak-kanak autisme maut, tertinggal dalam van

SEREMBAN  : Seorang kanak-kanak autisme berusia lapan tahun didapati meninggal dunia selepas tertinggal kira-kira tiga jam di dalam van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim, pihak polis menerima laporan kematian kanak-kanak tersebut pada jam 7.46 malam.

Berdasarkan hasil siasatan mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van berumur 34 tahun.

Bagaimanapun, pemandu tersebut pulang ke rumah tanpa menyedari keberadaan mangsa di dalam van berkenaan.

“Pemandu van itu dipercayai tidak menyedari mangsa berada di dalam van dari pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang di hadapan rumah lelaki berkenaan sebelum mangsa ditemukan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal  pasti punca kematian.

Mohamad Said berkata pemandu terbabit diambil tindakan  dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button