Covid19Dunia

Kanak-kanak 5 hingga 11 tahun di Eropah mula terima vaksin

FRANKFURT :  Kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di beberapa negara di Eropah kini mula menerima vaksin dalam usaha mengekang pandemik dan meneruskan sesi persekolahan.

Antara negara Eropah yang terlibat adalah Jerman, Sepanyol, Greece dan Hungary dengan kadar permintaan yang tinggi oleh kalangan ibu bapa terhadap pemberian suntikan kepada kanak-kanak

Pemberian suntikan Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia lima dan 11 tahun mendapat kelulusan dari pihak pemerhati perubatan Kesatuan Eropah (EU) bulan lalu selepas kumpulan usia berkenaan merekodkan jumlah kes tertinggi jangkitan Covid-19 di benua itu.

Dos yang diberikan adalah rendah berbanding untuk kanak-kanak berusia lebih 12 tahun dan didatangkan dengan penutup berwarna oren bagi membezakan kandungan vaksin untuk kanak-kanak lebih 12 tahun yang berwarna ungu.

Amerika Syarikat menjadi negara pertama melaksanakan program vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak dan setakat ini sudah memberikan suntikan kepada lebih lima juta kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun.

-AGENSI

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button