
GAZA : Rejim ZIonis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan terdiri daripada warga Palestin di sempadan Gaza, semalam.
Dilaporkan, 24 cedera termasuk kanak-kanak berusia 13 tahun berada dalam keadaan kritikal ekoran tembakan kena tepat di kepala.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, daripada 24 cedera, 10 daripadanya adalah kanak-kanak.
Tentera rejim mendakwa ratusan penduduk palestin berkumpul di sepanjang pagar sempadan.
Sebelum ini, Hamas mengajak penduduk Palestin berhimpun tunjuk perasaan bagi memperingati peristiwa pembakaran Masjidil Al-Aqsa, 52 tahun lalu.
Perhimpunan ini merupakan protes terbaharu selepas tiga bulan Israel dan Hamas mencapai gencatan senjata.
Agensi
Oleh Nurshazlin Shahrom