Kanada dakwa suspek bunuh keluarga Islam kaitan perbuatan keganasan
Juga tuduhan niat dan cuba membunuh
TRENTON, CANADA: Suspek pembunuhan empat sekeluarga di London, Ontario Kanada didakwa mengikut peruntukan keganasan. Pihak pendakwaan dalam sesi perbicaraan pada dua hari lalu, menambah pendakwaan daripada niat membunuh kepada cubaan membunuh ke atas suspek Nathaniel Veltman, 20, yang dipercayai melanggar keluarga Afzal berkenaan dengan trak pikapnya.
Sementara itu, peguam negara juga memberi persetujuan dengan pendakwaan di bawah kesalahan keganasan. Malah kenyataan Polis Diraja Kanada, kejadian itu yang dikatakan cubaan membunuh turut terpakai di bawah aktiviti keganasan.
Nathaniel Veltman, 20, sebelum itu sudah pun berdepan empat tuduhan kes bunuh kelas pertama, dan satu tuduhan cuba membunuh.
Perdana Menteri Justin Trudeau sebelumnya menyebut kejadian itu sebagai “serangan pengganas”. Suspek membawa trak seberat setengah tan mrempuh lima sekeluarga yang keluar berjalan-jalan di komuniti mereka pada petang 6 Jun.
Mereka yang meninggal dunia dikenali sebagai Salman Afzaal,46 dan siterinya Madiha Salman yang berusia 44 tahun. Dua lagi ialah, Yumna Salman yang berusia 15 tahun dan neneknya, berusia 74 tahun, Talat Afzaal. Fayez Afzaal, 9, adalah satu-satunya ahli keluarga yang terselamat dalam serangan itu. Dia dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius tetapi tidak mengancam nyawa.
Ini adalah penampilan kedua Veltman di mahkamah.
Pengarah Majlis Nasional Muslim Kanada, Quebec, Yusuf Faqari, berkata kepada Global News bahawa masih penting untuk melabelkan jenayah itu sebagai tindakan pengganas kerana hal itu dapat menghalan orang lain untuk berbuat demikian.
Kanun Jenayah Kanada mendefinisikan terorisme sebagai tindakan yang dilakukan secara keseluruhan atau sebahagian dengan tujuan untuk mengintimidasi orang ramai, atau segmen masyarakat, berkenaan dengan keselamatannya, termasuk keamanan ekonominya.
Kluasa keganasan juga termasuk perbuatan memaksa seseorang, pemerintah atau organisasi domestik atau antarabangsa untuk melakukan atau menahan diri dari melakukan apa-apa tindakan, sama ada orang awam atau orang itu, pemerintah atau organisasi berada di dalam atau di luar Kanada.
Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan