DomestikSemasa

“Kami risaukan kucing peliharaan kami”

HULU LANGAT : Luluh hati apabila hanya mampu mengetahui dari jauh rumah yang selama ini menjadi pusat kebahagian  ditenggelami banjir.

Ditambah pula dengan barang-barang berharga yang sudah tidak mampu untuk diselamatkan  kerana ditenggelami dan dihanyutkan bah yang dahsyat.

Begitulah nasib Saidi Abu, 24, antara mangsa banjir, di Dusun Tua, Batul 16 di Hulu Langat.

Ketika dihubungi wartawan UmmahToday, Saidi memaklumkan  dia sekeluarga sedang berada di Cyberjaya bagi menghadiri majlis konvokesyen kakaknya ketika kejadian berlaku.

“Kami sekeluarga sekarang ada di rumah mak cik kami, lebih kurang pukul 1 pagi jiran hubungi saya beritahu yang air banjir dah sampai paras paha.

“Lama lepas tu dalam pukul 4 pagi, jiran hubungi sekali lagi beritahu yang air dah sampai paras dada, penduduk di situ semua terpaksa panjat atas bumbung rumah masing-masing untuk elak banjir.

“Jiran kami hantar gambar tengok rumah dan habis ditenggalami air, barang-barang semua dah tak dapat diselamatkan lagi, motorsikal pun habis rosak tenggelam, jiran pun tak boleh nak buat apa dah nak tolong,” katanya ketika dihubungi Ummah Today.

Dalam masa yang sama Saidi turut memberitahu kerisauan kucing belaannya yang tinggal di dalam sangkar lemas.

“Lagi satu kami risau sangat dengan kucing kami, tapi nasib baik jiran maklum yang masa banjir nak mula naik mereka sempat lepaskan kucing kami tu dari sangkar,” tambahnya lagi.

Kucing peliharaan milik mangsa banjir

Menurutnya, sebelum ini pernah juga terjadinya banjir di kawasan kediamannya tetapi tidak seteruk  sekarang.

Mereka sekeluarga menjangkakan dapat pulang ke rumah bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan rumah seawal esok.

Dalam pada itu, mereka juga diberitahu bahawa kawasan tempat tinggalnya kini masih terputus bekalan elektrik dan air.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button