BanjirSemasa

Kami dah tiada apa-apa, keluh mangsa banjir Pakistan

Mereka kini hidup bergelandangan & mula berputus asa

DADU, PAKISTAN: Mendukung erat anaknya, Ghulam e Kubra mengeluh memikirkan nasib yang menimpa keluarga selepas rumah mereka hanyut di bawa air deras.

“Kami tinggal sehelai sepinggang. Ramai kanak-kanak di sini mula jatuh sakit, kami tiada daya. Malah, kami tidak mempunyai air minuman, makanan dan ubat yang bersih. Kami sudah tidak tahu apa nak buat dengan kehidupan kami.” jelas Ghulam seolah-olah berputus asa.

Ghulan dan anaknya adalah diantara 2,000 mangsa banjir dari perkampungan Nurang Chandio yang berkhemah di tambak Superio bagi meneruskan kehidupan. Mereka tersadai di penempatan itu sudah hampir 2 minggu.

Mengimbas detik malam 28 Ogos lalu ketika banjir membadai kampung, Allah Baksh Chandio menceritakan penduduk kampung lari lintang pukang menyelamatkan diri dalam gelap, membawa apa sahaja barang yang boleh mereka galas di bahu mereka. Antara yang sempat di bawa bersama hanya makanan, tetapi kebanyakannya mereka hanya sehelai sepinggang.

“Saya rasa seperti jantung saya seolah meletup.”

Apa yang saya dengar hanyalah orang menangis kerana tidak berdaya. Kanak-kanak tidak tahu apa yang berlaku dan turut sama menangis.” keluh Allah Baksh.

Kredit foto Shah Meer Baloch – the Guardian


Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button