KerohanianSemasaSyariah
Bukan Islam di Sabah, Sarawak dibenar guna kalimah Allah
Perkataan solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan dalam penerbitan agama Kristian
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah “Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama itu untuk mendidik ahli dalam komuniti mereka.
Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Nor Bee Ariffin, selepas membenarkan semakan kehakiman oleh Jill Ireland, yang memohon pengisytiharan bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar.
Selain Allah, perkataan lain yang dibenarkan adalah solat, Kaabah dan Baitullah.
Datuk Nor Bee dalam penghakimannya, berkata arahan kerajaan dikeluarkan Bahagian Kawalan Penerbitan dalam Kementerian Dalam Negeri bertarikh 5 Disember 1986 adalah salah di sisi undang-undang dan tidak berperlembagaan.