Covid19Semasa

Kadar vaksinasi Malaysia atasi Australia, Jepun dan Korea Selatan

KUALA LUMPUR: Kadar pemberian vaksin direkodkan di Malaysia mengatasi Australia, Jepun dan Korea Selatan pada akhir Julai lalu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ia sekali gus menjadikan Malaysia antara negara terpantas di dunia dari segi kadar vaksinasi harian per kapita sepanjang tempoh bulan lalu.

“PICK menunjukkan kemajuan memberangsangkan sepanjang tempoh Julai lalu.

“Kadar purata harian pemberian vaksin pada bulan lalu mencecah hampir 400,000 dos, iaitu melepasi sasaran awal sebanyak 300,000 suntikan sehari.

“Pada awal Julai, negara kita sedikit terkebelakang berbanding Australia, Jepun dan Korea Selatan tetapi dengan kadar vaksinasi harian yang direkodkan hingga melebihi 500,000, kita berupaya mengakhiri Julai dengan lebih ke hadapan berbanding negara terbabit,” katanya dalam satu ucapan khas, hari ini.

-BH

Related Articles

Back to top button