JAKARTA: Seorang juruterbang maut apabila pesawat yang dipandu terhempas lapangan terbang di daerah Puncak, wilayah timur Papua, Indonesia, hari ini.
Menurut Jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia, Adita Irawati, pesawat kargo yang dikendalikan PT Smart Cakrawala Aviasi itu terhempas serta mencederakan pembantu juruterbangnya.
Tambah beliau, insiden itu berlaku ketika pesawat kecil itu mendarat di Lapangan Terbang Aminggaru di daerah itu.
“Juruterbang itu meninggal dunia ketika dikejarkan ke klinik kesihatan sementara pembantu juruterbang mengalami kecederaan,” katanya pada agensi berita Xinhua.
Ujar beliau, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia akan menjalankan siasatan mengenai punca nahas sambil memaklumkan, lapangan terbang Aminggaru ditutup buat sementara waktu.
Oleh Nurshazlin Shahrom