Semasa

Juruterbang helikopter disahkan terkorban – Ketua Polis Perak

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

IPOH: Juruterbang helikopter Eurocopter yang terputus hubungan dengan menara kawalan pada Ahad selepas berlepas dari LTSAAS disahkan terkorban, lapor Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Baca berita berkaitan: Helikopter Eurocopter terputus hubungan selepas berlepas dari LTSAAS

Mangsa ditemui sekitar jam 8:20 pagi tadi (Isnin) oleh pasukan mencari & menyelamat. Operasi mencari & menyelamat (SAR) sebelum ini dibuat di kawasan Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan, Jalan Bidor-Teluk Intan.

Sumber gambar FB – Friendsofbombaa

Mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi nahas menaiki helikopter TUDM sebelum mendarat di SMK Anderson. Mayat dibawa ambulans ke Hospital Ipoh bagi tujuan bedah siasat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengucapkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan semua yang terlibat di dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam catatan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Sumber gambar FB – Friendsofbombaa

Helikopter yang dikendalikan seorang juruterbang dipercayai bukan warga tempatan itu berlepas dari Subang pada jam 11:37 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh pada jam 12:37 tengah hari pada Ahad.

Related Articles

Back to top button