PUNJAB: Jurutera terpaksa mengali tasik air tawar terbesar di Pakistan untuk mengalirkan banjir yang semakin mengancam bandar di sekitar Fazilpur, kata pegawai di sana pada Isnin lapor media AFP.
Pray For Pakistan 🇵🇰 pic.twitter.com/7bHd5exMBC
— Pakistan Floods Update (@FloodInPakistan) September 5, 2022
Satu pertiga daripada Pakistan berada di bawah air yang boleh diumpamakan kawasan sebesar United Kingdom berikutan rekod hujan monsun yang berterusan berbulan-bulan yang telah membunuh hampir 1,500 orang dan menghanyutkan rumah, perniagaan, jalan raya serta jambatan.
Kos pembaikpulihan dianggarkan akan melebihi USD10 bilion untuk negara yang sudah berada dalam cengkaman krisis ekonomi itu, dengan ratusan ribu kehilangan tempat tinggal ketika musim tengkujuh berakhir dan musim sejuk pula semakin hampir.
“Tiada tempat untuk mandi atau pergi ke tandas.” kata Zebunnisa Bibi, yang berlindung berhampiran Fazilpur, di wilayah Punjab, di mana 65 khemah kini menjadi rumah kepada lebih 500 mangsa banjir yang melarikan diri dari kampung mereka yang ditenggelami air ke tanah yang lebih tinggi.
Khemah-khemah sama mula didirikan merentasi sebahagian besar selatan dan barat Pakistan, di mana hujan tidak mengalir kerana air sungai yang terlalu melimpah akibat hujan lebat di sebelah utara.
Menteri Penerangan wilayah Sindh, Sharjeel Inam Memon memberitahu AFP pada Isnin bahawa jurutera terpaksa memotong saluran ke Tasik Manchar untuk mengalirkan air yang mengancam bandar Sehwan dan Bhan Saeedabad, yang mempunyai populasi hampir setengah juta orang.
Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.
Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi
Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016