
BAITULMAQDIS : Jurukamera Agensi Anadolu (AA) diserang oleh sekumpulan pelampau sayap kanan Israel di Tel Aviv pada Rabu di hadapan sebuah hospital di mana seorang banduan Palestin berprofil tinggi sedang menerima rawatan.
Pertengkaran tercetus antara Faiz Abu Rmeleh dan perusuh sayap kanan Israel ketika sedang menunggu di hadapan Hospital Assaf Harofeh. Apabila mereka mengetahui bahawa Abu Rmeleh bekerja sebagai jurukamera untuk AA, mereka terus bertindak kasar terhadapnya.
Polis Israel menceroboh dan bertindak menahan dua indvidu sambil membelasah mereka dengan kejam. Abu Rmeleh mengalami kecederaan yang teruk lalu akibat dipukul dan diberi pertolongan cemas dan kemudian dibawa ke hospital.
Abu Rmeleh membuat liputan kes Hisham Abu Hawwash, seorang warga Palestin yang melancarkan mogok lapar selama lebih 141 hari untuk membantah penahanannya tanpa bicara di bawah dasar penahanan pentadbiran Israel.
Peguamnya berkata pada Rabu bahawa Abu Hawwash bersetuju untuk menangguhkan mogoknya selepas Israel bersetuju untuk membebaskannya pada 26 Februari.
Sejak menamatkan mogok laparnya, Abu Hawwash kini menjalani rawatan di hospital.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia