Semasa

Jumlah mangsa banjir Kedah menurun

Pendang : Setakat 8 pagi hari ini, jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 30 orang yang terdiri daripada sembilan keluarga.

Menurut Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof, semua mangsa berada di pusat pemindahan Dewan Cenderawasih di Pendang.

“Semua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air banjir surut sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas hampir sebulan cuaca teruk yang mengakibatkan banjir di daerah Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Baling dan Sik, lebih 900 orang dipindahkan ke pusat pemindahan.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

Related Articles

Back to top button