
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kekal 528 orang daripada 162 keluarga yang masih berada di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Tenom, Beaufort dan Kunak, setakat pagi Rabu
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan Tenom, sebuah daerah di pedalaman negeri, menempatkan mangsa banjir teramai iaitu 443 orang daripada 139 keluarga yang dipindahkan ke lima PPS di daerah itu.
Perbicaraan kes mahkamah mungkin boleh ditangguh, tetapi tidak musim tengkujuh.
Takziah diucapkan kepada 923 mangsa banjir di Sabah.
Setakat pagi tadi, 301 keluarga telah ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS), meningkat berbanding 801 mangsa pic.twitter.com/2RqW1dWokx
— PAS Pusat (@PASPusat) November 2, 2022
Rumah Kebudayaan Makakagas menempatkan 117 mangsa daripada 32 keluarga; Rumah Kebudayaan Kalang Kanar (29 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Gunting (33 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Pagukon (214 mangsa, 78 keluarga) dan Kompleks Sukan Tenom (50 mangsa, 15 keluarga).
“Trend semasa pemindahan mangsa dan bencana banjir di Sabah ketika ini adalah kekal, manakala cuaca baik di kebanyakan kawasan di Sabah pagi ini,” menurut kenyataan itu.
PPS di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir di Beaufort pula menempatkan 57 mangsa daripada 17 keluarga, manakala Dewan Kampung Airport Tun Fuad di Kunak menempatkan 28 mangsa daripada enam keluarga.
Sementara itu, Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan ribut petir di satu dua kawasan terutama di pedalaman pada sebelah petang dan malam di negeri ini hari ini. BERNAMA
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038