Jumlah kematian akibat banjir di Pakistan hampir 1500, satu pertiga adalah kanak-kanak
Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
Agensi kemanusiaan telah memberi amaran bahawa Pakistan memerlukan bantuan jangka panjang kerana jumlah kematian akibat banjir besar baru-baru ini terus meningkat, lapor agensi berita CNN.
As Pakistan battles one of the worst climate-induced calamities, among the most adversely affected are children. With over 400 dead, they make up one third of overall death toll. Now they are at even greater risk of water-borne diseases.UNICEF & other global agencies should help.
— Shehbaz Sharif (@CMShehbaz) September 4, 2022
Jumlah kumulatif kematian yang direkodkan sejak 14 Jun meningkat kepada 1282 hingga Sabtu baru-baru ini, lapor Pihak Berkuasa Pengurusan Bencara Negara tersebut, dan hampir satu pertiga daripada mangsa merupakan kanak-kanak.
Pada Sabtu sahaja terdapat 57 kematian dengan 25 daripadanya merupakan kanak-kanak.
Banjir yang melanda di Pakistan merupakan banjir yang paling teruk pernah dialami oleh negara tersebut. Dimana ada ketika satu pertiga dariapda negara itu berada di bawah air berdasarkan kepada imej satelit dari Agensi Angkasa Eropah.
Lebih 33 juta orang telah terjejas akibat daripada bah tersebut. Dua wilayah yang paling teruk terjejas ialah Balochistan dan Sindh di selatan Pakistan, dimana infrastruktur dan sistem pengairan terjejas teruk.
Heart wrenching image from Khairpur Nathan Shah, #Sindh 💔 City surrounded by massive water after #PakistanFlood. Prayers 🤲 pic.twitter.com/tgJcY5LqtU
— Atta Ur Rehman (@Dr_Atta_Gilgiti) August 30, 2022
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif telah menyeru dan merayu bantuan daripada masyarakat dunia bagi membaik pulih infrastruktur dan rumah-rumah yang terjejas di negara itu.
Lebih 1 juta rumah telah rosak atau musnah, manakala sekurang-kurangnya 5000 kilometer jalan raya telah rosak, berdasarkan laporan pihak berkuasa pengurusan bencana.
Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.
Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi
Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016