KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada Isnin mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di 6 negerti termasuk di Johor, Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
JPS menerusi kenyataan itu memaklumkan berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
Hebahan Notis Kesiapsiagaan Banjir Kilat Negeri Johor, Perak, Kedah, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan, 28 November 2022 (06:15 PM) pic.twitter.com/pFgQbjw3lr
— InfoBanjir (@JPS_InfoBanjir) November 28, 2022
Di Johor, kawasan berisiko terjejas ialah Johor Bahru (Jelutong, Tanjong dan Kupang) serta Pontian (Jeram Batu, Sungai Karang serta kawasan sekitarnya) manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama (Hulu Selama, Hulu Ijok dan Selama).
Di Kedah pula melibatkan Bandar Baharu (Sungai Batu) serta Kulim (Terap), Temerloh (Semantan) dan Bentong (Sabai serta kawasan sekitarnya) di Pahang, Hulu Selangor (Ulu Bernam) serta Hulu Langat (Ulu Langat) di Selangor selain Jelebu (Kenaboi, Glami Lemi serta kawasan sekitarnya) dan Kuala Pilah (Langkap serta kawasan sekitar) di Negeri Sembilan.
Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut, menurut kenyataan berkenaan.
Orang ramai boleh terus layari laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038