JPNS buka beberapa hutan taman negeri untuk aktiviti pendakian
Berita baik buat penggemar ‘hiking’ atau mendaki bukit !
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mengeluarkan kenyataan pembukaan beberapa kawasan Hutan Taman Negeri (HTN) di sekitar Selangor susulan peralihan negeri ke fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Merujuk hantaran di laman Facebook rasmi JPNS, HTN yang dibuka bagi aktiviti pendakian di hutan Selangor Tengah ialah :
- Gunung Nuang
- Gunung Hitam
- Bukit Cenuang
- Air Terjun Sungai Lepoh
- Bukit Saga, Bukit Apek
- Bukit Broga
- Bukit Kembara
- Air Terjun Ulu Perdik
- Air Terjun Sungai Pisang
- Air Terjun Sofea Jane
Manakala, di daerah Hulu Selangor :
- Gunung Ulu Semangko
- Bukit Choroko
- Bukit Kutu
- Air Terjun Lata Medang
- Air Terjun Lata Macau
- Air Terjun Setinggi
- Air Terjun Lubuk Kawah
- Air Terjun Lubuk Tedung
- Bukit Repin
Dinasihatkan setiap kumpulan hanya dibenarkan tujuh orang pendaki sahaja.
Sebarang pertanyaan dan borang permit boleh didapati di laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
Terdahulu, JPNS memaklumkan pembukaan Taman Eko Rimba pada 2 Oktober lalu.
Sementara itu, bagi laluan pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Selangor pula dibuka kepada pengunjung pada 9 Oktober ini.
“Semua pengunjung dimohon untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan PPN Fasa 3 – SOP Sektor Ekopelancongan Sumber Asli (Taman Eko Rimba dan Hutan Negeri) bertarikh 17 September 2021.” katanya, hari ini.
Oleh Nurshazlin Shahrom