JOHOR BHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan bahawa semua masjid dan surau di negeri tersebut meletakkan sejadah bersebelahan tanpa individu untuk solat berjemaah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata setiap Jemaah diperlukan untuk membawa sejadah sendiri yang berukuran sekurang-kurangnya 3.5 kaki (1.0668 meter) panjang dan dua kaki lebar (0.6096 meter) serta menerima dua dos vaksin COVID-19.
“Bagi mengimarahkan bulan Ramadan di masjid dan surau, solat tarawi sehingga 20 rakaat dan solat witir sebanyak tiga rakaat,”
“Iman yang bertugas digalakkan membaca ayat-ayat pendek dalam juzuk ke-30 (bab Al-Quran), manakala imam jemputan perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Kadi daerah terlebih dahulu,” ujar beliau.
Selain itu, beliau berkata agihan bubur lambuk, majlis berbuka puasa, sahur dan moreh iaitu makanan ringan selepas solat tarawih, hanya melalui makan berpek sahaja.
Di samping itu, kaunter zakat fitrah boleh dibuka sebelum atau selepas waktu solat dengan jarak satu meter, ucap beliau pada siding media selepas program Jalinan Kasih bersama media pada Isnin lepas.
“Majlis ucapan dan penyerahan bantuan kepada penerima zakat dibenarkan di masjid dan surau tetapi majlis yang dianjurkan oleh parti politik atau wakil rakyat adalah tidak dibenarkan melainkan melibatkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri,”
“Aktiviti bermalam di masjid dan surau ditangguhkan, aktiviti memasak masih tidak dibenarkan dan kenduri yang dibuat perlu melalui makanan berbungkus manakala makanan yang dihidang dibenarkan dengan syarat ada program yang tidak melebihi 50 orang,” katanya
Menurut Mohd Fared, Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menetapkan kadar zakat fitrah dua pilihan pada tahun ini iaitu RM7 dan RM10 seorang bergantung jenis beras yang mereka gunakan.
Tambahan pula, tiga kaedah pembayaran boleh dibuat melalui dalam talian, di kaunter zakat MAINJ di setiap cawangan dan daerah, katanya.
-AGENSI
Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof