DuniaSemasa

Joe Biden beri peringatan realiti krisis perubahan iklim

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

WASHINGTON : Tragedi Taufan Ida yang melanda bandar Lafitte, Louisiana merupakan satu bukti krisis perubahan iklim adalah suatu perkara yang benar-benar berlaku.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengingatkan perlunya persediaan yang terperinci daripada semua pihak untuk berdepan dengan krisis fenomena alam ini di masa akan datang.

“Kita diingatkan bahawa, ini bukan soal politik. Taufan Ida tidak peduli sama ada anda seorang Demokrat atau Republikan, di luar bandar atau bandar.

“Kehancuran terjadi di mana-mana dan ia adalah soal hidup dan mati. Dan kita semua bersama dalam situasi ini,” katanya dalam kenyataan di Washington D.C.

Bandar Lafitte, Louisiana ditenggelami air

Dalam perutusan khasnya, Biden turut memberi jaminan semua yang terjejas dalam bencana akan dibantu.

Tambah beliau, kerajaan Amerika Syarikat akan sentiasa memastikan apa yang diperlukan untuk proses pemulihan mencukupi supaya mereka yang terjejas tidak terputus sumber serta tidak rasa terpinggir.

Terdahulu, merujuk laporan BBC, Taufan Ida yang membawa angin kencang sekuat 220 kilometer sejam (km/j) dan ribut yang mengancam nyawa, melanda Teluk Mexico petang Ahad.

Ahli meteorologi meramalkan taufan itu boleh menjadi lebih kuat daripada Taufan Katrina yang menjejaskan sebahagian besar New Orleans pada tahun 2005.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button