InspirasiSemasa

“Jika lapar dan tiada duit untuk makan, beritahu kami” 

CYBERJAYA : Kadang kala kita perlu sedar, bukan semua orang dalam dunia hidup senang, kerana ada dalam kalangan kita yang hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Oleh itu, tidak salah kalau kita melakukan kebaikan kepada orang yang memerlukan, itulah sifat yang ditunjukkan oleh pemilik restoran Jom Corner yang terletak di Cyberjaya ini.

“Jika lapar dan tiada duit untuk makan, beritahu kami.” 

@suthakanthasamy

Hats off to this shop in Cyberjaya ❤️ May god bless you guys. Anthe manasuthaan ya kadavul. #jomcornercyberjaya #cyberjaya #malayfood #terbaik

♬ dengarkanlah di sepanjang jalan aku berdoa – Bang Ilham

Demikian kata-kata yang tertera pada nota di laluan masuk sebuah restoran tersebut, menandakan bahawa si pemilik faham bahawa ada segelintir masyarakat yang mengalami masalah kesempitan wang.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok milik Sutha Kanthasamy itu, ia telah menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen tanda sokongan padu kepada pemilik restoran tersebut.

Warga netizen menyifatkan restoran itu sangat prihatin terhadap golongan tidak berkemampuan.

Klip video tersebut mendapat tontonan lebih 345,900 kali dan menerima sebanyak 30,000 likes oleh pengguna aplikasi berkenaan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button