DuniaPalestinSemasa

Jerman haramkan bendera pejuang Hamas?

Semua parti sebulat suara sokong unsur-unsur anti-semitik

BERLIN : Kerajaan Jerman akan melarang penggunaan bendera gerakan Islam Palestin, Hamas sebagai tindak balas terhadap demonstrasi semasa konflik di Gaza yang dianggap mempunyai unsur-unsur anti-semitik.

Keputusan itu dibuat susulan acara demonstrasi yang diadakan di seluruh Jerman pada Mei lepas yang diiringi dengan laungan yang bersifat anti-Yahudi serta pengibaran bendera hijau  berkaligrafi putih kalimah syahadah sebagai tanda solidariti terhadap pejuang Hamas.

Menurut laporan akhbar Jerman Welt am Sonntag, larangan pengibaran bendera ini pertama kali diusulkan oleh Canselor Kesatuan Demokratik (CDU) Angela Merkel. Selepas membangkitkan isu yang memberi kesan terhadap perlembagaan negara Jerman, rakan gabungannya Parti Sosial Demokratik akhirnya memberikan sokongan terhadap keputusan tersebut

Kerajaan Jerman menyalahkan Hamas kerana melancarkan serangan roket terhadap Israel dalam konflik 11 hari Israel-Palestin sehingga menyebabkan kemusnahan kepada Israel dan melabelkan pejuang Hamas sebagai pengganas sedangkan realitinya mereka bermati-matian melindungi keselamatan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman zionis.

Dalam pada itu, Majlis Pusat Yahudi Jerman menuntut perlindungan yang lebih ketat terhadap komuniti Yahudi negara itu dan mahu tindakan yang keras dikenakan terhadap peserta penunjuk perasaan pro-Palestin yang mereka anggap bersifat anti-Semitik.

Tindakan ini jelas menunjukkan sokongan mereka yang terlalu berpihak kepada pendatang Israel. Walaupun sudah banyak bukti yang menunjukkan kekejaman zionis terhadap rakyat Palestin melalui video yang tular di media sosial, namun Jerman nampaknya masih ‘buta’ dan tetap ingin menyalahkan Hamas.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button