Serangan Israel di Gaza mencabuli rekod hak asasi manusia dengan kebanyakan negara Islam mengecam sokongan Jerman terhadap Israel yang turut mengharamkan protes pro-Palestin.
Jerman menghadapi kritikan yang luar biasa semasa kajian semula hak asasi manusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, terutamanya mengenai kedudukannya dalam perang di Gaza.
Wakil Mesir Ahmed Moharam berkata, “Kaherah sangat kesal dengan posisi buruk yang diambil oleh Jerman terhadap hak rakyat Palestin,” manakala wakil Jordan menyelar “pendirian tidak adil” negara itu.
Türkiye menggesa Berlin untuk “menghentikan penyediaan sebarang bahan atau peralatan ketenteraan kepada Israel yang mungkin digunakan dalam melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan”.
Semasa Kajian Berkala Sejagat (UPR) hari Khamis – yang semua 193 negara PBB mesti menjalani setiap empat tahun – Jerman mengulangi menyokong “hak untuk mempertahankan diri” Israel.
“Keselamatan dan hak Israel untuk wujud tidak boleh dirundingkan untuk Jerman,” kata Luise Amtsberg, pesuruhjaya bagi dasar hak asasi manusia dan bantuan kemanusiaan serta ketua delegasi.
Kajian semula itu dibuat pada ulang tahun ke-85 ‘Pogrom Nazi Kristallnacht’, yang menyaksikan penyembelihan Nazi terhadap enam juta orang Yahudi Eropah semasa Perang Dunia II.
“Perlindungan orang Yahudi dan komitmen kami untuk kempen ‘tidak lagi’, tidak boleh dirundingkan,” kata Amtsberg, menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan anti-Semitik yang semakin meningkat pada bulan lalu.
“Orang Yahudi tidak lagi berasa selamat,” katanya kepada perhimpunan itu. “Kami tidak boleh menerima ini.”
Beliau menegaskan bahawa “Orang di Jerman juga wajar bimbang tentang penduduk awam di Gaza dan wilayah Palestin”.
Wakil Israel Adi Farjon memuji “langkah yang diambil oleh Jerman, baik secara nasional dan multilateral, untuk menangani momok anti-Semitisme”.
Tetapi banyak negara mempersoalkan beberapa langkah yang diambil atas nama memerangi anti-Semitisme, khususnya larangan protes pro-Palestin.
Wakil Qatar menyuarakan kebimbangan mengenai “sekatan dan langkah yang diambil terhadap penunjuk perasaan di Jerman kerana menyokong (rakyat) di Gaza”, manakala Lubnan menggesa Berlin untuk “menegakkan dan melindungi hak kebebasan bersuara dan perhimpunan rakyatnya”.
SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI