Semasa

Jemaah masjid, surau di Negeri Sembilan dibenar solat rapat saf tanpa sejadah saiz standard

SEREMBAN : Jemaah masjid dan surau di Negeri Semblian dibenarkan untuk merapatkan saf ketika solat berjemaah yang akan berkuat kuasa mulai esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penggunaan sejadah bersaiz standard tidak diwajibkan lagi selain aktiviti pengajian ilmu seperti kelas takmir, kuliah, tazkirah dan ceramah dibenarkan tanpa penjarakan fizikal.

“Namun, sepanjang berada dalam ruang masjid dan surau yang tertutup dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna masih diwajibkan, katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambahnya lagi, ibadah korban sempena Aidiladha pada tahun ini juga dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negeri.

Dalam pada itu, jemaah juga dibenarkan merapatkan saf ketika solat sunat Aidiladha, namun pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button