KABUL: Masjid di ibu negara Afghanistan berlaku insiden letupan bom tangan yang mengakibatkan enam orang cedera, ia berlaku beberapa minit selepas jemaah menunaikan solat zohor di bulan suci, Ramadan.
Sejak Taliban merampas kuasa pada Ogos tahun lalu, serangan terhadap sasaran awam sebahagian besarnya telah berkurang, tetapi kumpulan DAESH terus beroperasi di seluruh negara.
“Kami telah selesai solat dan sedang menuju keluar dari masjid apabila letupan berlaku,” kata jemaah, Mohammed Yasin kepada agensi berita.
Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran, memberitahu agensi seorang suspek telah ditangkap di tempat kejadian dan sebutir boim tangan dilemparkan ke dalam masjid Pul-e-Khisti.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, tetapi kumpulan DAESH-Khorasan (IS-K) telah melakukan serangan baru-baru ini di Kabul dan bandar-bandar lain.
Pegawai Taliban menegaskan tentera mereka telah mengalahkan DAESH, tetapi penganalisis berkata, kumpulan itu adalah cabaran keselamatan utama kepada Taliban yang kini memerintah Afghanistan.
-Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today