Jemaah Haji muda berazam bantu warga emas
MEKAH: Berpeluang menunaikan haji pada usia muda, dua jemaah haji negara berkongsi kegembiraan berada di Tanah Suci, meskipun secara teknikalnya, lebih 3.8 juta umat Islam mendaftar dan menunggu giliran haji yang mencecah lebih 100 tahun.
Seorang arkitek Nur Nadirah Nasuha Ramlan, 29, berkata ibu bapanya, Khuzaimah Abdul Talib, 58 dan Ramlan Abdul Majid, 60, mendaftarkan haji untuk beliau dan empat adik-beradiknya pada 2008 selepas pulang dari menunaikan haji tahun sebelumnya.
“Ibu bapa saya ada membuat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (TH) setiap bulan untuk kami adik- beradik…setelah kami mula bekerja, kami terus buat potongan duit gaji kami sendiri ke akaun TH setiap bulan,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.
Katanya beliau amat bersyukur kerana dapat menunaikan haji bersama empat adik-beradik dan abang iparnya ketika masih sihat dan bertenaga.
Beliau sekeluarga turut mendaftar dalam program Sahabat Maktab TH antaranya bagi membantu jemaah haji warga emas mengerjakan tawaf dan sai.
Dalam pada itu, pegawai Tentera Darat, Mejar Noor Hapizah Adnan, 33, berkata beliau tidak pernah mengimpikan dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini, memandangkan tempoh menunggu giliran haji yang lama.
Noor Hapizah yang mendaftar haji pada 2019 berkata suaminya terlebih dahulu mendapat tawaran pada hujung Mac lepas, sebelum beliau membuat rayuan untuk bersama mahram.
“Saya mengesyorkan untuk golongan muda supaya daftar haji awal, masukkan duit RM1,300 terus daftar. Jangan ingat buka akaun TH automatik daftar, ramai yang anggap macam itu, nanti masa terlepas macam itu sahaja,” katanya.
Menurutnya beliau juga berazam untuk berbakti di Tanah Suci dengan membantu jemaah Haji negara khususnya warga emas ketika berada di Masjidil Haram yang dipenuhi jutaan manusia.
TH menggunakan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep ‘Mendaftar Dahulu, Didahulukan’ yang telah dilaksanakan sejak 1995.
Melalui sistem pendaftaran terbuka ini, para pendeposit TH boleh mendaftar menunaikan haji apabila simpanan mencecah RM1,300.
Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.
Mengapa MAPIM Malaysia?
✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.
Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.
Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.
“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari www.ibadahqurban.com
ATAU
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia