Semasa

Jelajah Peduli Ummah di Sungai Tua : MAPIM Malaysia terima pujian MB Selangor

MAPIM Malaysia dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Selangor dan agensi tempatan, hari ini melancarkan program Jelajah Peduli Ummah di Dataran Sungai Tua, Selayang bertujuan untuk memperkukuh semangat perpaduan dan menyemai kesedaran kemanusiaan dalam masyarakat. Jelajah Peduli Ummah, yang telah bermula sejak 2020, kini telah memberi manfaat kepada lebih 200,000 individu di seluruh negara. Untuk edisi 2024, MAPIM sudah merancang 100,000 lagi penerima manfaat melalui beberapa siri jelajah yang turut menerima kerjasama daripada ZUS Coffee sebagai rakan penaja.

Program kali ini merangkumi pelbagai aktiviti komuniti seperti klinik kesihatan bergerak, sukaneka, penyediaan makanan secara bergotong-royong iaitu rewang perdana dan ziarah mahabbah ke rumah keluarga asnaf. Program turut disertai oleh isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad turut sertai bersama menjadi juri untuk pertandingan memasak, rewang perdana dan bersama menyatuni asnaf ziarah mahabbah

Majlis ini turut diraikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, yang merasmikan untuk ini.

Dalam ucapan penutupnya, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari antara lain berkata, “Kepedulian bukan sekadar bermaksud membawa bakul makanan untuk mereka yang memerlukan, tetapi kepedulian merangkumi maksud yang luas. Kesihatan, budaya, sosial. Dan itulah yang ditunjukkan oleh MAPIM pada hari ini. Mereka bukan sahaja bawa bantuan makanan tetapi juga bawa sekali program-program mobile clinic, mobile kitchen, yang mengharmoni dan mensejahterakan masyarakat. Ini adalah langkah yang harus dipuji. Mereka bukan sahaja membantu di negara luar tetapi juga di dalam negara kita ini sendiri.”

Secara keseluruhan program penyerahan sumbangan kepada asnaf untuk 200 keluarga memerlukan dalam komuniti ini. Menekankan budaya peduli, meningkat kepedulian antara satu sama lain hubungan seperti saudara kita yang memerlukan sokongan.

Dr. Sani Araby Al Kahery menyatakan, “Program ini bukan sahaja menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan, malah memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk berganding bahu dalam usaha kemanusiaan. Sejak dilancarkan pada tahun 2020, kami bangga melihat Jelajah Peduli Ummah terus berkembang dan menyentuh lebih 200,000 jiwa. Kami berharap usaha ini akan terus membina perpaduan dan kekuatan di kalangan rakyat, selaras dengan semangat Malaysia Madani.”

Hampir 10,000 orang telah mengunjungi Program Jelajah Peduli Ummah Sungai Tua ini dan rata-rata pengunjung berpuas hati dengan pengisian program seiring dengan laungan Malaysia Madani oleh kerajaan.

Program anjuran NGO ini mendapat sambutan luar jangkaan, dengan ramai pengunjung menyatakan rasa kagum terhadap inisiatif yang berjaya membawa suasana seperti sebuah karnival.

Dengan pelaksanaan program ini, MAPIM Malaysia berhasrat untuk memperluaskan impak bantuan kemanusiaan, meningkatkan akses bagi menjejak keperluan penerima dengan membina jaringan kerjasama komuniti. Program ini membuka ruang kepada masyarakat untuk lebih aktif menyokong usaha kemanusiaan serta memperkukuh semangat kebersamaan.

 

Related Articles

Back to top button