DuniaSemasa

Jeff Bezos melancong ke angkasa lepas

selamat mendarat ke bumi

WASHINGTON DC : Untuk sampai ke Garis Karman yang berjarak sekitar 106 kilometer dari bumi perlukan kos yang tidak sedikit. Hanya ada beberapa orang di dunia ini yang mampu ke sana. Antaranya adalah Jeff Bezos orang paling kaya di dunia dan tiga orang lagi penumpang pesawat New Shepard.

Pada jarak itu keadaan bumi yang bulat dapat terlihat dengan jelas, dan para penumpang dapat merasai graviti sifar.

Perjalanan penuh bersejarah untuk keempat-empat penumpang itu hanya memakan masa selama 11 minit dengan menggunakan Roket New Shepard yang membawa pesawat dengan nama yang sama.

“Saya ingin berterima kasih kepada pegawai dan pelanggan Amazon kerana anda membayar untuk ini (perjalanan ke luar angkasa),” kata Bezos dan kemudian menambah, “Ini serius. Jadi kepada pelanggan dan pegawai di luar sana, saya ucapkan terima kasih.”

Tiga lagi penumpang yang bersama dengan Jeff Bezos adalah adiknya Mark Bezos, Wally Funk (82) dan mahasiswa Belanda bernama Oliver Daemen (18). Di pesawat itu terkumpulnya orang yang paling tua dan paling muda yang pernah sampai ke Garis Karman.

Funk pernak mengikuti program Mercury 13 di bawah NASA di mana dia dan calon angkasawan perempuan lainnya mendapat latihan, tetapi sehingga 60 tahun kemudian dia tidak pernah mendapat peluang untuk ke angkasa.

Sebaik mendarat di gurun barat Texas, dan keluar dari pod, Bezos dan adiknya Mark terus memeluk orang tua mereka, Jackie dan Mike.

Apabila ditanya apa perasaan beliau apabila melihat bumi dari angkasa, Jeff Bezos berkata, “Kami sudah merosakkannya.”

Related Articles

Back to top button