
Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
Dalam kemaskini terbaru oleh ayah Adik Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin di facebook, keadaan kanak-kanak itu semakin teruk sehingga terpaksa melaksanakan prosedur yang sama seperti hari pertama dia mengalami jangkitan kuman.
Berita berkaitan: Diserang Sawan, Kesihatan Adik Ainul Mardhiah Merosot
Menurut bapanya, anaknya itu terpaksa menggunakan alat ventilator disebabkan keadaannya yang sangat lemah pada ketika ini.
“Hari ini, Ainul di Ventilate lagi. Keadaan dia sangat tidak memuaskan. Doktor terpaksa buat procedure yang sama macam hari pertama dia warded disebabkan kuman minggu lalu.
Malam tadi Ainul sawan berulang kali. Demam dia tinggi mencecah 40 celcius. Saya kira ainul sawan malam tadi lebih daripada 10 kali. Saya tak sanggup tengok dia.
Ainul, walid dah rindu Ainul.” – Tulisnya di facebook
Semoga adik Ainul Mardhiah terus kuat melawan penyakitnya dan kembali sihat seperti biasa. Ayuh sama-sama kita doakan adik Ainul kembali pulih.
Semalam ibu Ainul berkongsi laporan kesihatan yang mengatakan keputusan computerized tomography (CT) otak dan ultrasound dalam keadaan normal termasuk perut dan otak adik Ainul.